Sesudah kita mengerti syariat dan tariqat, maka barulah kita dapat mempelajari suatu lapangan ilmu yang boleh dikata pelik bagi kebiasaan umat manusia yang terdapat didalam tasauf iaitu yang dinamakan hakikat, Ilmu untuk mengenal sesuatu dengan sesungguhnya, siapa manusia itu dan siapa yang menjadikannya, demikian juga siapa siapa yang mencipta sekelian itu. Jadi dimulai dari dunia kecil atau peribadi manusia, berpindah kepada alam yang besar, iaitu dunia dengan segala susunan bulan, matahari dan selama tiga atau tujuh hari berturut – t berfikir, bagaimana terjadinya semua itu dan siapa Penciptanya. Memasuki lapangan filasafat yang pelik dan penting itu ertinya memasukki mempelajari Ilmu Hakikat dan ma’rifat yang tujuannya untuk mengetahui sesuatu dengan sesungguh-sungguhnya. Orang tasauf meringkaskan jalan pengetahuan ini Seseorang itu tidak mudah mengenal dirinya, ia lebih mudah mewngenal diri orang lain, kerana beberapa sifat yang terdapat pada manus...